Assalamualaikum w.b.t. dan hye..
Di sini saya nk kongsi pasal cara untuk atasi stress bila tiba musim peperiksaan..mmg skrg dah habis exam, tapi exam mmg takkan pernah abz jika kita masih belajar..saya pun pernah jugak stress sangat2 masa nk hadapi exam..tapi kita kena berusaha dan yakin terhadap diri kita..hehehe..btw,,saya baru habis peperiksaan besar STPM 2014..minggu lepas baru abis..mmg mencabar betol soalan ea..hmm2,,harap dapat result yg terbaik lah..insyaallah..doakan saya eak..huhuhu.. Oke,,stress sebenarnya boleh berlaku kepada sesiapa saja tao, tidak
kira pelajar, orang biasa atau pekerja. Malah, bayi juga boleh stress..hehehe..
Dekat bawah ni antara tips-tips tangani stress laa:-
1. Minum air dengan kadar yang banyak untuk membekalkan oksigen..
Air putih sangat baik untuk kesihatan, sebab itu orang yang nampak awet muda
dan nak sentiasa awet muda sentiasa mengamalkan minum banyak air putih.
Jaga juga pemakanan dan kesihatan diri. Dahlah nak kena beri tumpuan
sepenuhnya kepada peperiksaan, kalau tiba-tiba sakit dan mendapat stress
yang terlampau, itu akan kurangkan fokus adik-adik.
2. Cukup tidur..
Untuk
saat-saat akhir sebegini, aku tidak galakkan adik-adik berjaga malam
secara melampau untuk ulangkaji. Sepatutnya saat sebegini, adik-adik dah
bersedia sepenuhnya, kecuali hanya tengok nota pendek pada tajuk-tajuk
tertentu yang diramalkan akan keluar dalam peperiksaan. Itupun membaca
secara ringan dan santai, bukannya menelaah dan menghafal. Bukannya baru
nak mula belajar.
Tidurlah dengan cukup. Sebelum
tidur juga, semak jadual peperiksaan untuk kali terakhir. Mana tahu,
kalau-kalau adik-adik tersalah tengok jadual. Inilah kesilapan paling
tak boleh diterima kalau berlaku. Bila terlepas waktu peperiksaan hanya
kerana adik-adik cuai atau terlambat bangun, menyesalnya bukan untuk
sehari dua. Bagi yang bersemangat waja, mereka akan mengulang ambil
semula pada tahun hadapan (setahun perlu tunggu untuk tebus silap ini)
atau sekurang-kurangnya ambil peperiksaan Julai yang orang kata lebih
sedikit tahap susahnya. Saya tak tahu sebab belum pernah ambil untuk
kertas Julai.
Cukup rehat dan tidur buatkan
minda adik-adik lebih tenang, segar, bersemangat dan bersedia untuk
menghadapi peperiksaan. Ini secara tidak langsung akan kurangkan stress.
3. Jaga pernafasan. Tarik nafas melalui hidung, tahan hingga kiraan tiga saat kemudian lepaskan melalui mulut..
Setiap
orang memang akan stress bila berhadapan dengan sesuatu yang digelar
ujian. Tanyalah pemidato terbaik duniapun, dia tetap gementar setiap
kali berhadapan dengan penonton atau pendengarnya. Apa yang berbeza
adalah bagaimana cara dia berhadapan dengan perasaan gementar dan stress
tersebut.
Setiap kali adik-adik rasa gementar, gemuruh dan stress,
amalkanlah cara pernafasan yang betul. Tarik nafas perlahan-lahan,
kosongkan otak sekejab, tahan nafas tersebut beberapa detik di dada
sebelum lepaskan semula melalui mulut. Lakukanlah beberapa kali hingga
dada adik-adik rasa lapang, rasa gementar semakin hilang dan rasa yakin diri
perlahan-lahan muncul dalam diri. Pada peringkat awal, mungkin
memerlukan masa yang agak lama juga tetapi apabila dah sentiasa lakukan
begitu…dalam tempoh beberapa saat sahaja, adik-adik dah boleh kontrol
diri semula.
4. Belajar cara bertenang dan kawal emosi sendiri..
Hanya
diri sendiri yang tahu bagaimana cara untuk bertenang dan mengawal
emosi. Ada orang akan terkawal emosinya bila makan aiskrim atau coklat,
ada orang cukup dengan hanya menyanyi lagu kegemaran, manakala
sesetengah orang yang lain akan gunakan cara yang lain. Lain orang, lain
caranya.
Salah satu cara yang aku amalkan
setiap kali mahu buat pembentangan, laporkan kajian dan sebagainya
terutama di hadapan khalayak dan orang-orang yang lebih terpelajar
dariku, hadiri temuduga atau jumpa boss laporkan sesuatu biasanya aku
akan ulang baca surah Al-Ikhlas (Qul huwallah hu ahad; lagi baik ketahui
maknanya) secara berulang-ulang kali hingga hati rasa lapang. Hingga
aku benar-benar yakin diri. Hingga aku kejapkan hati bahawa “hanya Allah sahaja yang patut aku gentar”
tiada lain selain daripada itu. Ambillah berapa lama masapun untuk
tenangkan emosi dan diri ini dengan mengulang baca surah berkenaan,
kemudian senyumlah. Senyum itu akan tambah keyakinan diri juga.
5. Jalani cara hidup yang sihat; bersenam, jauhi dadah, alkohol dan rokok..
Badan
sihat, otak cerdas. Kurangkan stress dengan melakukan pelbagai kegiatan
yang kita suka seperti menari, karaoke, bersenam atau ada juga yang
akan masuk panggung wayang. Walau bagaimanapun semua aktiviti ini tidak
boleh melampau pula, karang terlupa nak masuk dewan peperiksaan,
cukuplah sekadar kurangkan stress. Jauhilah daripada perkara negatif
seperti dadah, alkohol, rokok atau ubat batuk (ketagih, bukan sebab
batuk ya).
Pada masa ini juga adik-adik
perlu lebih jaga diri. Elakkan daripada perkara yang tidak diingini
berlaku seperti kemalangan jalan raya, jaga kesihatan supaya tidak sakit
dan tidak melibatkan diri dengan aktiviti bahaya seperti bergaduh,
mandi sungai atau melakukan aktiviti lasak macam daki gunung (Daki
gunung? sempat lagi ek?). Kalau dah sakit, cedera atau terlibat dalam
kemalangan, makin menyusahkan diri pula untuk ambil peperiksaan di katil
hospital. Kalau dah elak, tetapi masih juga jadi, kira telah
ditakdirkan…lainlah pula cerita.
6. Komunikasi dengan orang lain tentang hal yang sama..
Orang
kata, belajar dari pengalaman, walaupun pengalaman orang lain. Nasihat
daripada orang yang dah pernah lalui perkara yang sama dengan apa yang
akan kita lalui itu lebih tulus dan ikhlas, kecuali orang itu ada niat
serong dengan kita. Jadi, tanyalah kepada orang yang dah berjaya lepasi
halangan itu dengan cemerlang. kita tak akan rugi kalau bertanya.
Untuk tips saat akhir sebegini,
payah juga kalau baru nak kaji bagaimana Nur Madihah berjaya dengan
cemerlang walaupun ada dua buah buku diterbitkan tentang ini. kalau anda
pernah membeli buku tersebut sebelum ini, boleh sahaja membacanya
sepintas lalu. kalau baru hari ini nak pergi beli di kedai buku yang
belum tentu lagi anda akan perolehinya, rasanya langkah itu lebih
buatkan adik-adik bertambah stress. Namun, boleh sahaja berbual kosong
dengan ahli keluarga terdekat untuk dapatkan tips dan panduan.
7. Doa..
Walaupun doa aku letakkan pada nombor terakhir, namun tidak bermakna ia tidak penting. Ia sebenarnya lebih bermakna “setelah berusaha, maka angkatlah tangan dan mintalah kepada Yang Kuasa”.
Makanya, sila berusaha, bukan hanya tahu berdoa nak cemerlang tanpa
usaha. Sama seperti, “tambat dahulu unta sebelum berdoa agar unta
tersebut tidak terlepas dan lari” (errrr…ramai ke unta di malaysia ni?).
Ramai orang kata (entah siapalah
orang tu!), kalau dah tertulis sejak azadi takdir hidup kita, usaha
macam mana pun tak guna. Itu kan memang takdir? Usah silap. Takdir boleh diubah, dan senjata yang boleh mengubah takdir adalah doa. Berdoalah dengan seikhlasnya.
Dengan sesungguh hati. Dan dan pengharapan kepada Allah akan mengubah
takdir yang telah tertulis (itu ustaz cakap masa sekolah dulu). Jadi,
berdoalah. Mintalah. Tapi ingat, minta dan doalah hanya kepada Allah.
Jangan syirik. Ramai orang kita sekarang ni telah lakukan syirik tanpa
sedar. Bahaya tu!
#Selamat menduduki peperiksaan!





No comments:
Post a Comment