welcome to htpp://mydiaryonlineku.blogspot.com

Wednesday, 31 December 2014

SELAMAT TINGGAL 2014



Assalamualaikum w.b.t. dan hyee..
Uwaaa..hari nie hari terakhir 2013 kan..ag bape minit jew ag nak masuk tahun baru iaitu tahun 2015..hmmmm,,,banyak kenangan dalam tahun 2014 nie sama ada manis atu pon pahit..uitt ade perisa jugak eyhh...hahahaha..manis2 pahit2..cewahhh..hahahaha..ape2 pun saje jew nk update niew..buat terakhir kali laa katakan untuk tahun 2014 nie..hehehehe..okelah harap malam nie dpt tido n lena n mimpi yang indah lah..hahaha..azam yana tahun 2015 mana?? hmm esoklah update pasal azam nie..hehehe..bye2 semua n bye2 2014!! see u tomorrow 2015!!



5 TANDA LELAKI MERINDUI SESEORANG



Assalamualaikum w.b.t. dan hyee..
Ya ke lelaki merindui seseorang?? macam tak boleh percaya jew..eyhh sape cakap macam tu haaa..lelaki pun ade perasaan tao cuma dye tak tunjuk dekat depan kita jew tao..jangan ingat lelaki tak ade perasaan rindu nie tao..hehehehe..

JOM TENGOK CARA LELAKI RINDUKAN SESEORANG!!

1) Bila lelaki merindu mereka suka menghabiskan masa bersama anda.
2) Bila merindu dia mudah merasa cemburu walau kedudukannya sebagai buah hati anda tidak
    tergugat sebenarnya.
3) Bila merindu lelaki kadang kala mudah marah-marah kerana tidak sanggup menahan pedihnya  
    merindu.
4) Bila merindu lelaki mudah berkecil hati dan menganggap diri mereka diabaikan sedangkan anda 
    sedang sibuk dengan tugas seharian.
5) Bila merindu lelaki akan stalk semua gambar anda satu persatu walaupun gambar tu telah berulang
    kali mereka lihat.

       Sebenarnya lelaki dan wanita sama sahaja, bila hati antara keduanya telah bertaut pasti rasa sayang tidak dapat diluah dan rasa rindu tidak dapat dibendung bila berjauhan. Kebaikan apabila merindu ia akan menambahkan rasa sayang dan cinta di dalam hati antara keduanya. Pasangan juga akan menghargai tiap detik apabila bersama kerana ingin melepaskan rindu dendam yang terpendam di hati. Namun jika rindu yang tidak mampu dibendung dan mula membuahkan perasaan cemburu dan rasa cemas takut ditinggalkan ia akan memakan diri sendiri dan bahaya kepada sesuatu perhubungan itu. Sebagai insan pastinya kita tidak terlepas dalam melakukan kesilapan namun apa yang penting bertolak ansur dan saling menyayangi perlu dalam menjadikan perhubungan itu menjadi syurga dunia dan akhirat juga. InsyaAllah.




Friday, 26 December 2014

5 TEKNIK MENYIMPAN DUIT BAGI ORANG YANG SUSAH UNTUK MENABUNG




Assalamualaikum w.b.t. dan hyee...
Pada masa kini, terutamanya orang muda apabila ditanya tentang simpanan, boleh dikatakan ramai anak muda yang tidak mempunyai simpanan. Mereka merasakan ia sesuatu yang susah dan mustahil untuk dilakukan.

Apatah lagi, pada masa kini, taraf hidup yang tinggi, membuatkan aktiviti menyimpan itu sangat susah dilakukan. Andai diperhatikan, sangat kurang kempen kesedaran tentang menyimpan diwar-warkan.

JOM AMALKAN BERSAMA-SAMA!!

Teknik ini adalah gabungan teknik menyimpan oleh individu yang terkenal dalam pengurusan kewangan seperti Shamsuddin Kadir, penulis buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang, Arkad, orang terkaya di Babylon dan Abang Abu, pengasas Mekanik Wang.

1) Simpan Si Hijau.
Simpan Hijau
Menyimpan not hijau RM5 adalah satu idea yang kreatif.

Tiap kali pulang ke rumah, apabila ada Si Hijau (RM5) dalam dompet, simpan ia ke dalam tabung. Dapatkan sebuah balang dan khaskan penyimpanan RM5.

2) Simpan Si Oren.

Andai berkemampuan dan mampu menebaskan nafsu, tiap kali membawa pulang Si Oren (RM20), masukkan ke dalam balang yang dikhaskan untuk penyimpanan RM20.

3) Simpan Duit Syiling.

Ini adalah taraf paling rendah bagi mereka yang dalam proses mampu menyimpan Si Hijau (rujuk tip 1). Masukkan semua duit syiling dalam dompet ke dalam balang khas untuk duit syiling.

4) Simpan 10% daripada Gaji.

Bagi mereka yang bekerja makan gaji, kita sudah memerah keringat selama 30 hari. Perkara pertama yang patut dilakukan, apabila mendapat gaji adalah membayar diri sendiri pada nilai 10% daripada gaji.
“Bayar diri sendiri dahulu sebelum membayar orang lain.”
                     Arkad, orang terkaya di Babylon
90% Daripadanya, kita boleh habiskan jika mahu. Ada beza antara orang yang ada simpanan RM100 dengan RM10,000. Pemikiran, perasaan dan keyakinan kita akan berubah apabila kita ada simpanan RM10,000. Yang akan memudahkan kita menjadi magnet wang yang menarik lebih banyak wang.

5) Mulakan Menyimpan Setiap Hari (Walau 10 sen!)
“Aliran wang orang kaya – dapat duit, simpan dan baru belanja. Aliran wang orang miskin – dapat duit, belanja.”
Abang Abu, Mekanik Kewangan
Apabila kita tetapkan niat simpan setiap hari, secara tidak langsung kita sedang membuat satu aliran terhadap status kewangan kita. Ibarat kita sedang membuka empangan untuk mengalirkan air masuk. Mulakan dengan serendah 10 sen tiap hari.
“Semakin kita lakukan, semakin lancar empangan, semakin banyak air masuk.”
InsyaAllah lama kelamaan, duit akan mudah datang dan masuk dalam tabung. Jangan percaya. Praktikkan dan rasa sendiri. Minima 30 hari dan kongsikan dengan kami hasilnya.




Thursday, 18 December 2014

7 TIPS MEMIKAT WANITA



Assalamualaikum w.b.t. dan hye..
Haaa,,untuk lelaki2 di luar sana,jom baca dan amalkan tips2 nie..alaa,,manalah tao korang nak tackle awek di luar sana kan..hehe..

SELAMAT MENCUBA!! 

1)  Jaga penampilan anda.
 

Sebelum anda boleh menggoda seorang gadis, anda mesti mempunyai imej yang baik dan positif. Anda tak semestinya perlu jadi hensem dan kacak,cukuplah sekadar nampak kemas dan tidak dilabel “selekeh” oleh kaum hawa. Paham kan maksud saya. Jangan la pergi dating pakai baju pagoda,seluar pendek macam taukeh Ah Chai dan berselipar jepun sahaja. Tak Menarik, Tertarik De Boom kan? 
 
2)  Jadi diri sendiri.

Jangan nak mengedik-gedik nak jadi orang lain. Baru tengok Aaron Aziz kat dalam Ombak Rindu yang hebat memanah CINTA anda pun sibuk nak jadi macam dia. HENTIKAN niat tak cerdik anda tu. Wanita suka lelaki yang boleh jadi diri dia sendiri tanpa control-control macho,buat alim-alim kucing semata-mata nak nampak perfect dimata awek yang cuba anda pikat. Hello awek boleh baca gerak-geri anda okey. Cara memikat wanita sebenar ialah anda harus jadi diri anda sendiri dan saya yakin beliau akan terima anda seadanya.

3)  Pandai berkomunikasi.

Cara memikat wanita dengan komunikasi yang baik dan lancar memang tak dapat dinafikan akan mempengaruhi sesuatu perhubungan. Sekiranya anda mampu berkomunikasi dengan baik dengan awek yang bakal anda “tackle” saya gerenti dia akan cair dengan anda. Bagi wanita,lelaki yang padai berkomunikasi mudah untuk bawa berbincang,mengadu masalah dan meminta sebarang pendapat. kalau anda “kantoi” part ni wanita akan cop anda “membosankan”.tak percaya cuba la…
4)  Bersifat prihatin dan ambil berat.

Semasa cara memikat wanita idaman kalbu anda harus mengambil berat atau dalam bahasa jawa “take care” terhadap mereka. tapi AWAS jangan “OVER TAKE CARE” tiap 3 minit sms,tiap 30 minit call,tiap 3 jam video call…jangan buat kerja gila ye. Bukan take cara itu yang saya maksudkan. Ambil berat disini bermaksud anda sekadar prihatin dan tahu perkembagan beliau. Contoh bila dia sakit anda boleh jenguk dia,beri ubat dan sokongan supaya dia cepat sembuh.

5)  Jangan jadi “Haji Bakhil Bin Haji Kedekut”.

Sifat ni cukup wanita tak gemar. cara memikat wanita yang betul anda perlu bersifat pemurah. Kejap…pemurah bukan bermaksud anda bagi 100% wang anda supaya dihabiskan. Atau senang-senang menjadi mangsa “pisau cukur” wanita yang tak bertanggungjawab. Sekali sekala boleh la treat wanita yang anda muhu pikat seperti belanja si dia makan. Atau berikan hadiah yang istimewa semasa birthday beliau. Si dia pasti akan terharu.

6)  Jejaka yang periang. 

Wanita akan cop anda sebagai lelaki yang sweet sekiranya anda mampu untuk sentiasa buat dia tersenyum bila dengan anda. Macam mana ye…mudah je perkara pertama bila jumpa anda perlu senyum dan tunjukkan wajah yang ceria dan saya yakin dia pasti akan tersenyum. Jangan pula anda tunjuk muka macam nak “makan orang”. Sure dia takkan selesa. Selain itu,satu BONUS cara memikat wanita sekiranya anda mampu untuk membuat humor atau jenaka yang bersahaja. Wanita cukup sukakannya dan ini menimbulkan mood yang “positif” tapi INGAT jangan buat lawak tak menjadi..buat malu je nanti..hehe
7)  Jangan suka main “remote control”. 

Remote control TV LCD Samsung 45 inci ke??eh bukan..maksud saya jangan control hidup dia selagi dia belum menjadi hak anda yang sebenar. Wanita cukup pantang pasal benda ni..wanita memang benci kalau ada lelaki yang kongkong hidup mereka. Memang la bukan semua tapi majoritinya memang tak suka. Tiap minit nak tahu dia ada kat mana. Bosan la macam tu..bagi ruang kepada dia untuk dirinya juga. Ini baru cara memikat wanita yang gentleman.
 SEMOGA BERJAYA!! CHAIYOK2!!



HAPPY BIRTHDAY AZIM!!




Assalamualaikum w.b.t. dan hye..
Hari nie 18 Dec 2014 kan..Haaa,,mak teh nak ucapkan SELAMAT HARI JADI YANG KE-9 untuk CHE MUHAMMAD AZIM iaitu anak sedare mak teh yang tersayang satu2 nya ini..hehehe..smoga menjadi anak yang soleh terhadap umi n babah awk eak..smoga dipanjangkan umo n dimurahkan rzeki..dan semoga menjadi seorang insan yang berjaya dalam kehidupan..AMIN..


SEJARAH HARI JADI AZIM TAHUN NIE..

Smalam menangis2 suruh mama masak sebab dy nak ajk kawan2 dy datang umah..dy takowt tadek owg bagi hadiah dekat dye..haha..lawak betol laa anak sedare aq sowang nie..tahun lepas plak tbew2 dy ajk kwan dy dtg pukul sekian2..dy balik umah bagitao dekat mama..terkejut mama..tbew2 ajk owg..pandai2 dy jew..hahaha..so,,trpaksa laa buat jugak..hahaha..nasib baik tahun nie hujan..so susah laa sikit dy nak kua ajak kawan dy kan..hahahaha..selamat..yg pastinya dengan family mmg kena sambut..nanti merajuk plak budak bertuah tu..hehehe..

Wednesday, 17 December 2014

LANGKAH YANG PERLU DITITIKBERATKAN PADA MUSIM BANJIR



Assalamualaikum w.b.t. dan hye..
Sekarang nie dekat kuantan musim hujan kan..haaa,,dekat sini yana nak bagi tips yang perlu dilakukan lah kalau2 ada rumah korang yang akan atau tiba2 jew berlaku banjir kan..

JOM TENGOK DAN AMALKAN!!

 SEBELUM

PERSEDIAAN SEBELUM BANJIR
1.    Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda.
2.    Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio,televisyen dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta Bilik-Bilik Gerakan Banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran.
3.    Periksa lubang air seperi longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak masuk melaluinya.
4.    Pastikan di mana Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda.
5.    Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya.
6.    Pastikan seluruh keluarga anda mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah.
7.    Dalam musim hujan, pastikan telefon bimbit dalam keadaan baik.

 SEBELUM BANJIR - SEMASA TANDA-TANDA DIKESAN
1.    Dengar melalui pengumuman radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu.
2.    Pindahkan perabut atau peralatan-peralatan lain ke tempat yang selamat.
3.    Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama anda dalam bekas kalis air.
4.    Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.
5.    Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.


SEMASA

SEMASA BANJIR - SEMASA PEMINDAHAN
1.    Apabila menerima arahan, segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan.
2.    Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana ianya lebih mudah dan selamat.
3.    Ikut laluan yang ditentukan, laluan singkat mungkin terhalang.


SEMASA BANJIR  - DI DALAM KENDERAAN
1.    Jangan terus mengharungi kawasan banjir, hendaklah berpatah balik ke tempat yang selamat.
2.    Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah. ke tempat yang selamat


SEMASA BANJIR - DI DALAM RUMAH
1.    Dengar pengumuman melalui radio, televisyen atau pihak tertentu.
2.    Bersedia dengan peralatan kecemasan.
3.    Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.


SEMASA BANJIR - DI LUAR RUMAH
1.    Pergi ke tempat tinggi dan selamat.
2.    Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus deras yang boleh menghanyutkan anda.
3.    Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan sampan mahupun berjalan kaki.
4.    Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
5.    Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong.
6.    Jangan minum air banjir.


SELEPAS

SELEPAS BANJIR
1.    Dengar pengumuman melalui radio atau tunggu arahan pihak yabg berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum                 dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.
2.    Beri bantuan kepada jiran anda atau orang kurang upaya (orang tua, kanak-kanak atau golongan istimewa).
3.    Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ianya mengkin tidak selamat.
4.    Jangan terus memasukki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya yang tersembunyi.


SELEPAS BANJIR - SEMASA MEMASUKI BANGUNAN
1.    Pakai kasut.
2.    Periksa kerosakkan dinding, lantai, pintu dan tingkap.
3.    Periksa sebarang kehadiran binatang atau serangga berbisa yang merbahaya. Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bertaburan di lantai rumah anda.
4.    Perhatikan siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh.


SELEPAS BANJIR - PERIKSA ANCAMAN BAHAYA
1.    Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.
2.    Periksa wayar elektrik yang terendam di dalam air.
3.    Periksa peralatan elektrik yang tenggelam.
4.    Periksa bahan-bahan yang mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol,                diesel dan sebagainya).
5.    Buang bahan-bahan makanan yang terendam yang terkena banjir termasuklah makanan dalam tin.
6.    Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi.
7.    Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak yang berkuasa.


MALAM YANG SEDIH!!



Assalamualaikum w.b.t. dan hye..
Malam yang sejuk2 nie tidak mampu membekukan perasaan aq..uwaaaa...enset rosakkkk!!! tbew2 jew rosak..hmmm,,macam mana nie..nk minta baru mmg taklaa..nk guna ape nk beli baru..duit simpanan pun dah abzz..keje pon ta ag nie..uwaaa....sedihnyer..bosanlah hidup aq untuk masa ke depan bape hari nie..uwaaa..sedihnyerlah..hmmmmm2..uuhukkk uuhukkk..




HUJAN!!



Assalamualaikum w.b.t. dan hye..
Apa khabar semua..harap2 sihat lah eak..hehe..dekat kuantan dah 2 hari hujan kan..sampai2 longkang dekat depan rumah nie pun dah dipenuhi air dan dah melimpah ruah dah..nasib baik ta masuk dalam rumah..hmm,,mustahil kowt nak masuk dalam rumah..sebab dah berzaman2 dah alhamdulillah ta pernah berlaku banjir pun..hehehe..hmm,,musim2 hujan nie kuat betol nak makan lah..nak tido lah..mmg menempah kepada kegemukan nie..haha..nasib baik berat badan aq nie ta pernah berubah..makan laa banyak mana pun kompem takkan naik..hahaha..teringin juga nak gemuk sikit..nie kalau jumpa kawan jew mesti dyeowg cakap..yana still maintain macam dulu..cuma ketinggian jew yang berubah..maybe ape yang aq makan selama nie tadek effect at berat badan aq kowt..maybe semua tu g at aq punya ketinggian lah kowt..hahaha..entahlaa weyhh..tatao kenapa macam nie..haha,,meleret dekat berat n tinggi plak..oke2, so kalau ada rumah sape2 yang sering dilanda banjir tu,jangan lupa pindahkan segala2 dokumen n barang2 yang penting dulu..nanti hanyut dek air banjir kan susah nk g sana sini sbb nk buat semula..jangan lupa jugak jaga kesihatan..jangan duk main hujan jew..nanti demam padan muka..kahkahkah..okelaa..sampai di sini saje..bye2 semua..



Wednesday, 3 December 2014

21 TIPS DIET YANG BERKESAN



Assalamualaikum w.b.t. dan hye..
Di sini saya nak kongsi tips-tips diet yang berkesan..Saya copy paste dari orang lain jew nie..Harap memberi manfaat kpd anda semua..hehehe

JOM DIET!!

Antara tips-tips diet yang berkesan ialah:-
 
Tips 1 
Untuk tips pertama ini, anda perlukan dua biji lobak merah dan sebiji timun. Kemudian, buang kulit kedua-dua buah tersebut dan perah untuk dapatkan airnya. Selepas itu, campurkan perahan dengan sebiji limau nipis dan bancuh sehingga sebati. Anda boleh minum sebanyak dua kali sehari sehingga mencapai berat badan yang diimpikan.
Alasannya? – Lobak dan limau nipis mengandungi banyak antioksida didalamnya. Antioksida ini dapat meneutralkan radikal bebas dan seterusnya menjadikan sistem hormon badan anda menjadi seimbang. Jadi lemak-lemak bebas dapat disingkirkan dengan mudah.

Tips 2
Jangan tinggalkan sarapan. Anda mungkin ingin kurangkan pengambilan makanan kerana berdiet. Lalu anda abaikan sarapan. Tetapi, tindakan itu adalah kurang bijak.
Alasannya? - Ini kerana, apabila anda telah berlapar semalaman kemudian tidak bersarapan. Kandungan glukosa dalam badan boleh menjadi rendah dan mengakibatkan masalah fisiologi seperti pening dan pitam. Jadi, apabila tiba waktu lunch, anda mungkin mengambil makanan secara berlebihan. Oleh itu, jangan tinggalkan sarapan walau hanya dengan sebiji buah epal.

Tips 3
Kurma sebagai makanan pagi. Dengan pengambilan beberapa biji kurma sebagai sarapan, ianya mampu mengenyangkan dan membekalkan tenaga di sepanjang pagi. Malah, anda mungkin masih berasa kenyang sehingga tengahari. Dengan itu, anda tidak perlu makan dengan banyak di waktu lunch. Anda bukan sahaja dapat berdiet, malah mampu berjimat.
Alasannya? – Kurma mengandungi jumlah glukosa yang sangat tinggi. Glukosa ini dapat memberikan tenaga yang secukupnya kepada badan untuk melakukan tugas harian. Berbanding makanan pagi yang berjenis kuih muih atau nasi, ia sebenarnya mengandungi tinggi kolestrol beserta karbohidrat.

Tips 4
Ambil makanan kaya serat dengan banyak pada waktu makan. Contoh makanan kaya serat adalah; buah-buahan, sayur-sayuran, vitamin, mineral, dan bijiran penuh.
Alasannya? - Makanan seperti itu mempunyai kuantiti kalori yang rendah tetapi kaya dengan diet serat yang diperlukan oleh oleh tubuh setiap hari.

Tips 5
Sediakan buah-buahan dan sayuran berwarna hijau, oren dan kuning pada waktu makan. Contohnya; brokoli, lobak, dan buah-buahan sitrus (e.g. limau). Makanan seperti itu mempunyai sifat antioksida yang tinggi dan boleh diambil sebanyak lima atau lebih hidangan pada setiap hari.

Tips 6
Pastikan kadar pengambilan kolesterol di bawah 300 mg pada setiap hari.Bagaimana? Kurangkan lemak haiwan di waktu makan yang boleh meningkatkan kadar kolesterol dalam darah. Anda boleh realisasikannya dengan memilih daging kurang lemak dan produk tenusu rendah lemak.
Alasannya? – Lemak adalah jenis tenaga yang terakhir sekali digunakan oleh badan. Jadi kebanyakkan lemak yang diambil tidak digunakan dan ia disimpan dibawah tisu. Lemak inilah yang membentuk badan anda menjadikannya ia tidak menarik.

Tips 7
Pastikan sumber protein dalam diet harian. Pertama, anda perlu kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat yang boleh meningkatkan berat badan anda. Kemudian, ambil sarapan yang kaya protein seperti minum susu segar dan sebiji telur. Semasa lunch pula, makan makanan seperti sup sayur atau ayam bersama nasi separuh dan sebiji epal. Apakah hasilnya? Tubuh akan menyimpan lebih banyak tenaga untuk menjalankan aktiviti sehingga keesokkan hari.

Tips 8
Lakukan aktiviti yang banyak pergerakan. Apabila anda ingin menjadi kurus, anda pasti terbayang aktiviti berjoging atau masuk ke gym yang melibatkan kos. Anda sebenarnya mempunyai pilihan iaitu dengan membuat aktiviti berjalan kaki sahaja. Ianya lebih mudah, murah dan menyeronokkan. Tambahan pula, aktiviti itu cukup untuk menjana tenaga dengan melatih paru-paru dan jantung untuk bekerja.
Untuk makluman anda, dalam setiap hari anda boleh melakukan aktiviti berjalan sebanyak 10,000 langkah sahaja.
Amalan 10,000 langkah setiap hari mampu membakar lemak anda dibahagian peha dan juga perut.
Jadi ia memudahkan anda mengurangkan berat badan anda ke tahap yang diingini.
Adakah anda fikir sukar untuk membuat 10,000 langkah dalam masa sehari? Bagi saya cara itu senang sahaja.

Antara aktiviti yang boleh anda lakukan untuk mencapai 10,000 langkah adalah seperti:
*Berjalan-jalan dalam shopping kompleks dalam masa lebih 2 jam.
*Untuk ke setiap destinasi, anda boleh parking kereta jauh sedikit dari tempat yang anda tuju.
*Membersihkan rumah dengan menyapu serta mengelap lantai sebuah rumah. Ini bukan sahaja dapat 
  menceriakan lagi rumah anda namun ia dapat memberikan anda satu senaman yang boleh
  menguruskan badan anda. 
*Berjalan kaki meronda-ronda taman dalam masa 2 jam.

Tips 9
Lakukan sedikit aktiviti selepas makan. Pada kebiasaannya, diri anda merasa berat dan mengantuk selepas makan. Apa kata anda membuat sedikit perubahan dengan berjalan-jalan atau menaikki tangga selepas selesai makan.
Alasannya? - Ianya membantu untuk membakar sebahagian kalori dari makanan yang anda makan itu tadi. Tetapi, jangan pula terlalu mendesak. Ini kerana, anda baru habis makan dan mungkin boleh mendatangkan masalah lain.

Tips 10
Makan adalah satu keperluan, jadi jangan tak makan. Ini kerana, makanan adalah sumber kepada tenaga. Anda kurang makan, maka penggunaan tenaga menjadi kurang mengakibatkan tubuh anda akan mengalami kejutan. Perkara ini boleh menyebabkan kadar metabolisma anda menjadi rendah. Apabila hal ini berlaku, badan anda akan mula membakar otot untuk menggantikan makanan. Selepas itu, berat badan anda tidak akan berada pada tahap yang ideal.

Tips 11
Minum air bersih 8 gelas sehari. Untuk pengetahuan anda, meminum air dalam kuantiti yang banyak boleh menurunkan selera makan secara semulajadi. Oleh itu, sebelum makan makanan yang berat, minum air terlebih dahulu. Dengan berbuat demikian, anda dapat mengelakkan daripada makan dengan banyak.

Tips 12
Kurangkan makanan yang bergaram. Sekiranya anda mengambil garam dalam kuantiti yang tinggi, ianya menggalakkan penakungan air. Jadi, apabila anda kurangkan mengambil garam, sekaligus badan anda tidak menakung air dengan banyak. Seterusnya, tiada lagi masalah gemuk air.

Tips 13
Jadikan air limau sebagai favourite drinks. Semasa anda makan di kedai makan, pesanlah air limau nipis atau oren. Ini kerana, minuman masam menggalakkan pembakaran lemak dalam badan. Tetapi, jangan pula pesan air limau yang manis.

Tips 14
Katakan tidak kepada minuman berkarbonat. Saya yakin, anda pasti tahu bahawa minuman berkarbonat mengandungi 7-8 sudu gula. Banyak bukan? Dengan kandungan gula sebanyak itu, terang-terangan ia mampu memberi kemudaratan kepada tubuh badan dan mengganggu plan diet anda.

Tips 15
Amalkan teknik pemakanan yang betul. Maksud teknik pemakanan di sini adalah merujuk kepada teknik kunyahan. Semasa makan, kunyahlah dengan perlahan-lahan dan jangan tergopoh-gapah. Cuba kunyah makanan yang disuap menjadi cebisan kecil sebelum ditelan agar ia mudah dihadam kelak.

Tips 16
Gunakan piring makanan yang rata. Elakkan dari menggunakan piring yang cekung. Dengan memilih pinggan yang rata, maka anda dapat mengelakkan daripada mengambil makanan secara berlebihan.

Tips 17
Jangan percaya kepada mitos-mitos berdiet. Antara mitos berdiet yang kerap dibincangkan sehingga kini adalah; jangan sarapan pagi, jangan makan malam, jangan minum air masak, jangan minum jus oren. Sedangkan, mitos-mitos itu termasuk dalam plan diet yang baik dan sempurna.

Tips 18
Tetapkan sasaran yang realistik. Anda harus meletakkan sasaran dalam tempoh menurunkan berat badan. Contohnya, minggu ini anda menyasarkan turun berat badan sebanyak 0.5 kg. Untuk minggu-minggu seterusnya, anda boleh tingkatkan kepada 1-2 kg pula bagi mencapai berat badan impian.

Tips 19
Jangan timbang berat badan setiap hari.
Alasannya? - Jika anda berbuat demikian, ianya boleh membuatkan anda berputus asa kerana anda tidak dapat melihat perubahan. Cadangan saya, timbang berat badan pada setiap minggu atau dua kali sebulan.

Tips 20
Diari diet sebagai rekod. Untuk tips ini, saya sarankan anda memiliki sebuah diari diet. Dalam diari tersebut, anda perlu rekodkan setiap hari berapa kali dan berapa banyak anda makan, tahap kelaparan dan perasaan anda ketika makan.
Alasannya? - Dengan berbuat demikian, ianya mampu meningkatkan kepekaan terhadap tabiat makan anda. Lama-kelamaan, anda pasti dapat mengenalpasti dan menukar tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Kemudian, bolehlah anda merangka plan diet yang lebih berkesan.

Tips 21
Cukup belajar teori sahaja. Ayuh mulakan langkah anda dengan mengamalkan teknik diet yang betul. Saya percaya dengan teknik diet yang betul berserta senaman anda mampu mengurangkan berat badan anda.

SELAMAT MENCUBA!!


Tuesday, 2 December 2014

KEMBALI SEMULA



Assalamualaikum w.b.t. dan hye..
Hmm,,nak update blog laa arie nie..hehehe..sejak abis exam nie kan..aq duk umah jew..hmm,,nak keluar mlzz..nak tunggu owg ajak,mmg tak lah kan..errr,,bosannya lah..tapi takpewlah nk rehat2 kan badan n mata dulu..so,kita makan n tido dulu laa kan..sebelum ke arah pekerjaan plak..hmm,,26.11.14 arie tu dah abzz exam..hari tulaa last aq sebagai seorang pelajar..last pakai baju sekolah yang kain biru,baju putih,tudung biru,berkasut hitam dan berbeg hijau..hahaha..hari tu jugak last aq duduk n tulis at meja n kerusi kayu..lepas nie ade lagi kew eakk?? hmm,,mesti rindu saat2 tu nanti kan..lepas abis exam sementara tnggu dapat sambung degree at mana2 aq nak kjew dulu larhh..nak kumpul duit..ringan sikit beban mama nanti..hmm,,utk sebulan nie nk rehat2 dulu..hahaha..sambil rehat2,terpikir gok nk kjew at mana larh eakk..hmm,,susah betol mencari pekerjaan sekarang nie..lebih2 ag aq larhh nk pandai sangat dah skrg nie nk cari kjew yang best sikit..ta penat sangat p gaji banyak..se ag nk kjew separuh hari..hahaha..ade tak jawatan kosong kjew yg macam tu..lao ade gtao laa at aq nanti eak..huhuhu..okelah,,ape2 pon skrg nk rehat2 dulu sambil2 tu boleh update sikit2 blog nie..kosong sangat ag nie..hmm2,,oke bye-bye..



LANGKAH ATASI STRESS SEWAKTU MENGHADAPI MUSIM PEPERIKSAAN

Assalamualaikum w.b.t. dan hye..
Di sini saya nk kongsi pasal cara untuk atasi stress bila tiba musim peperiksaan..mmg skrg dah habis exam, tapi exam mmg takkan pernah abz jika kita masih belajar..saya pun pernah jugak stress sangat2 masa nk hadapi exam..tapi kita kena berusaha dan yakin terhadap diri kita..hehehe..btw,,saya baru habis peperiksaan besar STPM 2014..minggu lepas baru abis..mmg mencabar betol soalan ea..hmm2,,harap dapat result yg terbaik lah..insyaallah..doakan saya eak..huhuhu.. Oke,,stress sebenarnya boleh berlaku kepada sesiapa saja tao, tidak kira pelajar, orang biasa atau pekerja. Malah, bayi juga boleh stress..hehehe..

Dekat bawah ni antara tips-tips tangani stress laa:-

1. Minum air dengan kadar yang banyak untuk membekalkan oksigen..
Air putih sangat baik untuk kesihatan, sebab itu orang yang nampak awet muda dan nak sentiasa awet muda sentiasa mengamalkan minum banyak air putih. Jaga juga pemakanan dan kesihatan diri. Dahlah nak kena beri tumpuan sepenuhnya kepada peperiksaan, kalau tiba-tiba sakit dan mendapat stress yang terlampau, itu akan kurangkan fokus adik-adik.

2. Cukup tidur..
Untuk saat-saat akhir sebegini, aku tidak galakkan adik-adik berjaga malam secara melampau untuk ulangkaji. Sepatutnya saat sebegini, adik-adik dah bersedia sepenuhnya, kecuali hanya tengok nota pendek pada tajuk-tajuk tertentu yang diramalkan akan keluar dalam peperiksaan. Itupun membaca secara ringan dan santai, bukannya menelaah dan menghafal. Bukannya baru nak mula belajar.

Tidurlah dengan cukup. Sebelum tidur juga, semak jadual peperiksaan untuk kali terakhir. Mana tahu, kalau-kalau adik-adik tersalah tengok jadual. Inilah kesilapan paling tak boleh diterima kalau berlaku. Bila terlepas waktu peperiksaan hanya kerana adik-adik cuai atau terlambat bangun, menyesalnya bukan untuk sehari dua. Bagi yang bersemangat waja, mereka akan mengulang ambil semula pada tahun hadapan (setahun perlu tunggu untuk tebus silap ini) atau sekurang-kurangnya ambil peperiksaan Julai yang orang kata lebih sedikit tahap susahnya. Saya tak tahu sebab belum pernah ambil untuk kertas Julai.

Cukup rehat dan tidur buatkan minda adik-adik lebih tenang, segar, bersemangat dan bersedia untuk menghadapi peperiksaan. Ini secara tidak langsung akan kurangkan stress.


3. Jaga pernafasan. Tarik nafas melalui hidung, tahan hingga kiraan tiga saat kemudian lepaskan melalui mulut..
Setiap orang memang akan stress bila berhadapan dengan sesuatu yang digelar ujian. Tanyalah pemidato terbaik duniapun, dia tetap gementar setiap kali berhadapan dengan penonton atau pendengarnya. Apa yang berbeza adalah bagaimana cara dia berhadapan dengan perasaan gementar dan stress tersebut.

Setiap kali adik-adik rasa gementar, gemuruh dan stress, amalkanlah cara pernafasan yang betul. Tarik nafas perlahan-lahan, kosongkan otak sekejab, tahan nafas tersebut beberapa detik di dada sebelum lepaskan semula melalui mulut. Lakukanlah beberapa kali hingga dada adik-adik rasa lapang, rasa gementar semakin hilang dan rasa yakin diri perlahan-lahan muncul dalam diri. Pada peringkat awal, mungkin memerlukan masa yang agak lama juga tetapi apabila dah sentiasa lakukan begitu…dalam tempoh beberapa saat sahaja, adik-adik dah boleh kontrol diri semula.

4. Belajar cara bertenang dan kawal emosi sendiri..
Hanya diri sendiri yang tahu bagaimana cara untuk bertenang dan mengawal emosi. Ada orang akan terkawal emosinya bila makan aiskrim atau coklat, ada orang cukup dengan hanya menyanyi lagu kegemaran, manakala sesetengah orang yang lain akan gunakan cara yang lain. Lain orang, lain caranya.

Salah satu cara yang aku amalkan setiap kali mahu buat pembentangan, laporkan kajian dan sebagainya terutama di hadapan khalayak dan orang-orang yang lebih terpelajar dariku, hadiri temuduga atau jumpa boss laporkan sesuatu biasanya aku akan ulang baca surah Al-Ikhlas (Qul huwallah hu ahad; lagi baik ketahui maknanya) secara berulang-ulang kali hingga hati rasa lapang. Hingga aku benar-benar yakin diri. Hingga aku kejapkan hati bahawa “hanya Allah sahaja yang patut aku gentar” tiada lain selain daripada itu. Ambillah berapa lama masapun untuk tenangkan emosi dan diri ini dengan mengulang baca surah berkenaan, kemudian senyumlah. Senyum itu akan tambah keyakinan diri juga.


5. Jalani cara hidup yang sihat; bersenam, jauhi dadah, alkohol dan rokok..
Badan sihat, otak cerdas. Kurangkan stress dengan melakukan pelbagai kegiatan yang kita suka seperti menari, karaoke, bersenam atau ada juga yang akan masuk panggung wayang. Walau bagaimanapun semua aktiviti ini tidak boleh melampau pula, karang terlupa nak masuk dewan peperiksaan, cukuplah sekadar kurangkan stress. Jauhilah daripada perkara negatif seperti dadah, alkohol, rokok atau ubat batuk (ketagih, bukan sebab batuk ya).

Pada masa ini juga adik-adik perlu lebih jaga diri. Elakkan daripada perkara yang tidak diingini berlaku seperti kemalangan jalan raya, jaga kesihatan supaya tidak sakit dan tidak melibatkan diri dengan aktiviti bahaya seperti bergaduh, mandi sungai atau melakukan aktiviti lasak macam daki gunung (Daki gunung? sempat lagi ek?). Kalau dah sakit, cedera atau terlibat dalam kemalangan, makin menyusahkan diri pula untuk ambil peperiksaan di katil hospital. Kalau dah elak, tetapi masih juga jadi, kira telah ditakdirkan…lainlah pula cerita.

6. Komunikasi dengan orang lain tentang hal yang sama..
Orang kata, belajar dari pengalaman, walaupun pengalaman orang lain. Nasihat daripada orang yang dah pernah lalui perkara yang sama dengan apa yang akan kita lalui itu lebih tulus dan ikhlas, kecuali orang itu ada niat serong dengan kita. Jadi, tanyalah kepada orang yang dah berjaya lepasi halangan itu dengan cemerlang. kita tak akan rugi kalau bertanya.

Untuk tips saat akhir sebegini, payah juga kalau baru nak kaji bagaimana Nur Madihah berjaya dengan cemerlang walaupun ada dua buah buku diterbitkan tentang ini. kalau anda pernah membeli buku tersebut sebelum ini, boleh sahaja membacanya sepintas lalu. kalau baru hari ini nak pergi beli di kedai buku yang belum tentu lagi anda akan perolehinya, rasanya langkah itu lebih buatkan adik-adik bertambah stress. Namun, boleh sahaja berbual kosong dengan ahli keluarga terdekat untuk dapatkan tips dan panduan.

7. Doa..
Walaupun doa aku letakkan pada nombor terakhir, namun tidak bermakna ia tidak penting. Ia sebenarnya lebih bermakna “setelah berusaha, maka angkatlah tangan dan mintalah kepada Yang Kuasa”. Makanya, sila berusaha, bukan hanya tahu berdoa nak cemerlang tanpa usaha. Sama seperti, “tambat dahulu unta sebelum berdoa agar unta tersebut tidak terlepas dan lari” (errrr…ramai ke unta di malaysia ni?).

Ramai orang kata (entah siapalah orang tu!), kalau dah tertulis sejak azadi takdir hidup kita, usaha macam mana pun tak guna. Itu kan memang takdir? Usah silap. Takdir boleh diubah, dan senjata yang boleh mengubah takdir adalah doa. Berdoalah dengan seikhlasnya. Dengan sesungguh hati. Dan dan pengharapan kepada Allah akan mengubah takdir yang telah tertulis (itu ustaz cakap masa sekolah dulu). Jadi, berdoalah. Mintalah. Tapi ingat, minta dan doalah hanya kepada Allah. Jangan syirik. Ramai orang kita sekarang ni telah lakukan syirik tanpa sedar. Bahaya tu!


#Selamat menduduki peperiksaan!



10 LANGKAH MERAWAT DEMAM..



Assalamualaikum w.b.t. dan hye..
Sekarang awal bulan Disember..mungkin ade setengah kawasan yg hujan bahkan ada yang tidak mengalami hujan.. Oke,, dalam musim hujan dan cuaca yang tak menentu nie, mesti ramai yg mengalami aura2 nk demam kan..macam saya nie..skrg dalam proses nk baik..hehehe..dah 4 hari kowt..selsema n batuk masih tak hilang lagi..hmmm2.. So,, jom ikot langkah2 nie at bawah nie.. 

Berikut ada beberapa cara mudah untuk segera baik dari demam:-

1. Minum air dengan banyak.

Minum air yang banyak boleh mengelakkan tekak kita jadi kering dan sakit. Selain ia elakkan hidrasi pada badan, air boleh buang toksin dalam badan. Badan pun lagi mudah lawan penyakit bila toksin dah buang. Aliran perkumuhan dalam badan jadi lebih lancar.




2. Elak dari minum kopi

Kopi memang sedap di minum, tetapi ia tidak digalakkan minum bila kita demam. Kenapa? sebab kandungannya boleh menyebabkan badan terdehidrasi / hilang air. Orang demam perlukan air dalam badan dengan banyak.


3. Wap Air dan Mandi Air Panas

Mandi air panas dipercayai boleh membantu hilangkan demam. Cara lain adalah dengan menggunakan wap air yang dimasukkan dalam besen, dan hidu wap panas itu. Ia boleh hilangkan hidung tersumbat. Dengan suhu tinggi itu, dipercayai ia boleh membantu mematikan virus melalui saluran pernafasan.


4. Sup Panas 

Dari sumber orang barat, sup panas adalah salah satu cara tradisional untuk membantu baik dari demam. Selain ia mempunyai kandungan air yang tinggi untuk elak hidrasi, ia boleh membantu mengurangkan jangkitan virus melalui wap panas. Ada juga pendapat menyatakan bahawa ia juga boleh mengatasi masalah pernafasan ketika demam.


5. Gunakan wap humidifier 

Humidifier bagus untuk tambah wap dalam udara. Rongga pernafasan pun akan bertambah lancar apabila guna humidifier, dan melegakan hidung tersumbat. Perlu diingat, penggunaan humidifier pun kena dipantau supaya tiada kulat disebar bersama wap.


6. Rehat 

Orang demam perlukan lebih rehat. Kena rehat, rehat dan rehat. Badan yang cukup rehat boleh lawan virus dalam badan dengan lebih berkesan dan cekap. Sekiranya demam, anda disaran duduk rumah dan matikan telefon bimbit. Cubalah untuk rehatkan mental dan fizikal.


7. Kumur-kumur dengan air garam. 

Sakit tekak akan menyebabkan demam semakin teruk. Kumur dengan air garam dipercayai boleh membantu mengurangkan sakit tekak. Larutkan setengah sudu garam ke dalam segelas air dan kumur sebanyak 5-6 kali.


8. Jangan merokok 

Merokok akan menyebabkan demam bertambah teruk. Simptom demam seperti sakit tekak dan sakit kepala akan lebih memudaratkan jika merokok. Cuba jauhkan diri juga dari perokok kerana ia mungkin menyebabkan kesan yang lebih teruk dari merokok.


9. Kawal pemakanan 

Makan makanan yang mengandungi vitamin C seperti sayur dan buah-buahan boleh membantu badan melawan virus punca demam. Vitamin C boleh menguatkan daya tahan badan kepada penyakit. Ia juga membantu sel darah putih untuk menentang virus. Contoh makanan adalah:
  • Bawang putih
  • Madu
  • Peppermint
  • Oren, Lemon, Anggur, Parsli, Kobis Bunga
  • Makanan yang mengandungi mineral Zink


10. Elakkan dari senaman 

Anda di galakkan berehat dari aktiviti senaman supaya badan dapat menyimpan tenaga melawan virus dalam badan.


sumber:http://www.manageyourlifenow.com/10-simple-ways-to-cure-cold/


Wednesday, 12 November 2014

* RESEPI NASI AYAM..



Assalamualaikum w.b.t dan hye..
Hari nie saya nak post pasal nasi ayam?? yummmy yummmmy,,my fav food...hehehe..knape tbew2 nasi ayam nie?? alaa,,hari nie mama masak nasi ayam..alang2 tu nak post laa resepi nasi ayam nie..p nie bukan resepi dari mama saya tao..saya copy paste jew dari blog lain..nie sebagai catatan jew untuk saya..mane tao nanti2 nk masak kew..bleh guna resepi nie kan..huhuhu..JOM KITA LIHAT DAN MAKAN,,eyhh TRY RESEPI NIE LAAA..hehehe..




Masa:
Penyediaan: 40 Minit | Memasak: 60 Minit | Keseluruhan: 100 minit
Jumlah Hidangan : 4 orang makan

Bahan-Bahan:

Bahan untuk ayam (direbus) :
  • 1 ekor ayam dipotong 8
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 2 cm halia, ditumbuk halus
  • 1 kiub ayam
Bahan untuk ayam (diperap) :
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 cm halia, ditumbuk halus
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 1 sudu besar kicap cair
  • Sedikit madu untuk sapuan
Bahan untuk nasi:
  • 3 cawan beras
  • 4 cawan air rebusan ayam
  • 2 sudu besar butter
  • 1 cm halia ditumbuk halus
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • Sedikit garam
  • 2 bunga lawang*
  • 4 buah pelaga*
  • 1 kayu manis*
  • 1 batang serai ketuk
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit kunyit untuk warna dan aroma
Bahan untuk sos:
  • 5 biji cili merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 cawan air rebusan ayam
Bahan untuk sup:
  • Air rebusan ayam
  • 1 biji bawang besar, dikisar
  • Rempah sup bunjut
  • Garam
  • Daun sup dan daun bawang yg dihiris
Bahan untuk kuah kicap:
  • Kuah kicap perapan ayam di atas
  • Kicap manis cap kipas udang
  • Sedikit garam
  • Air rebusan ayam

Cara Penyediaan:

Cara untuk ayam:
  1. Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
  2. Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
  3. Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
  4. Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.
Cara untuk memasak nasi:
  1. Basuh beras dan tos air.
  2. Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.
Cara untuk memasak sup:
  1. Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.
Cara untuk memasak sos:
  1. Kisarkan semua bahan di atas.
  2. Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.
Cara untuk memasak kuah kicap:
  1. Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.
Tips:
Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila di rebus terlalu lama isi ayam akan mudah hancur ketika menggoreng.

Tuesday, 11 November 2014

bersiar-siar dengan family



Assalamualaikum w.b.t. dan hye...
Throwback semalam..hehehe..baru nk post hari nie..alaa, buzy nk edit blog nie..ngatkan malas nk menaip ag..tapi biar jewlaa..dah ta sabar nak citer2 nie kan..boleh jadi kenangan suatu hari nanti kan..huhuhu..oke berbalik kepada tajuk..smlam aq g jalan2 n family..happy betul..hahaha..dah lama ta kua umah gitu laa gayenyer..maklumlah buzy study at umh..padahal exam ta habis ag nie..sebok nk kua plak..hahaha..alaa sekali skala jew kan..bukan selalu pun..hehehe..smlm tengok at satu kedai tu..wahh cantiknyer baju..banyak plak tu yg aq berkenan..tapi!!! time aq tadek duit laa rambang plak mata aq nak tengoknya..membuak2 nk baju tu..tp disebabkan tadek duit..ta leh laa nk beli..tapewlaa,, tadek rezeki laa tu ag..harap2 lain kali ade ag laa baju yg aq nakkan bila aq cari smula nti..hahaha..insyaallah.. 

..love them forever..