welcome to htpp://mydiaryonlineku.blogspot.com

Wednesday, 31 December 2014

5 TANDA LELAKI MERINDUI SESEORANG



Assalamualaikum w.b.t. dan hyee..
Ya ke lelaki merindui seseorang?? macam tak boleh percaya jew..eyhh sape cakap macam tu haaa..lelaki pun ade perasaan tao cuma dye tak tunjuk dekat depan kita jew tao..jangan ingat lelaki tak ade perasaan rindu nie tao..hehehehe..

JOM TENGOK CARA LELAKI RINDUKAN SESEORANG!!

1) Bila lelaki merindu mereka suka menghabiskan masa bersama anda.
2) Bila merindu dia mudah merasa cemburu walau kedudukannya sebagai buah hati anda tidak
    tergugat sebenarnya.
3) Bila merindu lelaki kadang kala mudah marah-marah kerana tidak sanggup menahan pedihnya  
    merindu.
4) Bila merindu lelaki mudah berkecil hati dan menganggap diri mereka diabaikan sedangkan anda 
    sedang sibuk dengan tugas seharian.
5) Bila merindu lelaki akan stalk semua gambar anda satu persatu walaupun gambar tu telah berulang
    kali mereka lihat.

       Sebenarnya lelaki dan wanita sama sahaja, bila hati antara keduanya telah bertaut pasti rasa sayang tidak dapat diluah dan rasa rindu tidak dapat dibendung bila berjauhan. Kebaikan apabila merindu ia akan menambahkan rasa sayang dan cinta di dalam hati antara keduanya. Pasangan juga akan menghargai tiap detik apabila bersama kerana ingin melepaskan rindu dendam yang terpendam di hati. Namun jika rindu yang tidak mampu dibendung dan mula membuahkan perasaan cemburu dan rasa cemas takut ditinggalkan ia akan memakan diri sendiri dan bahaya kepada sesuatu perhubungan itu. Sebagai insan pastinya kita tidak terlepas dalam melakukan kesilapan namun apa yang penting bertolak ansur dan saling menyayangi perlu dalam menjadikan perhubungan itu menjadi syurga dunia dan akhirat juga. InsyaAllah.




No comments:

Post a Comment