Assalamualaikum w.b.t. dan hye..
Di sini saya nak kongsi tips-tips diet yang berkesan..Saya copy paste dari orang lain jew nie..Harap memberi manfaat kpd anda semua..hehehe
JOM DIET!!
Antara tips-tips diet yang berkesan ialah:-
Tips 1
Untuk tips pertama ini,
anda perlukan dua biji lobak merah dan sebiji timun. Kemudian, buang
kulit kedua-dua buah tersebut dan perah untuk dapatkan airnya. Selepas
itu, campurkan perahan dengan sebiji limau nipis dan bancuh sehingga
sebati. Anda boleh minum sebanyak dua kali sehari sehingga mencapai
berat badan yang diimpikan.
Alasannya? – Lobak dan limau nipis
mengandungi banyak antioksida didalamnya. Antioksida ini dapat
meneutralkan radikal bebas dan seterusnya menjadikan sistem hormon badan
anda menjadi seimbang. Jadi lemak-lemak bebas dapat disingkirkan dengan
mudah.
Tips 2
Jangan tinggalkan sarapan. Anda mungkin ingin
kurangkan pengambilan makanan kerana berdiet. Lalu anda abaikan sarapan.
Tetapi, tindakan itu adalah kurang bijak.
Alasannya? - Ini
kerana, apabila anda telah berlapar semalaman kemudian tidak bersarapan.
Kandungan glukosa dalam badan boleh menjadi rendah dan mengakibatkan
masalah fisiologi seperti pening dan pitam. Jadi, apabila tiba waktu
lunch, anda mungkin mengambil makanan secara berlebihan. Oleh itu,
jangan tinggalkan sarapan walau hanya dengan sebiji buah epal.
Tips 3
Kurma sebagai makanan pagi. Dengan pengambilan beberapa biji
kurma sebagai sarapan, ianya mampu mengenyangkan dan membekalkan tenaga
di sepanjang pagi. Malah, anda mungkin masih berasa kenyang sehingga
tengahari. Dengan itu, anda tidak perlu makan dengan banyak di waktu
lunch. Anda bukan sahaja dapat berdiet, malah mampu berjimat.
Alasannya? – Kurma mengandungi jumlah glukosa yang sangat tinggi.
Glukosa ini dapat memberikan tenaga yang secukupnya kepada badan untuk
melakukan tugas harian. Berbanding makanan pagi yang berjenis kuih muih
atau nasi, ia sebenarnya mengandungi tinggi kolestrol beserta
karbohidrat.
Tips 4
Ambil makanan kaya serat dengan banyak pada
waktu makan. Contoh makanan kaya serat adalah; buah-buahan,
sayur-sayuran, vitamin, mineral, dan bijiran penuh.
Alasannya? -
Makanan seperti itu mempunyai kuantiti kalori yang rendah tetapi kaya
dengan diet serat yang diperlukan oleh oleh tubuh setiap hari.
Tips 5
Sediakan buah-buahan dan sayuran berwarna hijau, oren dan
kuning pada waktu makan. Contohnya; brokoli, lobak, dan buah-buahan
sitrus (e.g. limau). Makanan seperti itu mempunyai sifat antioksida yang
tinggi dan boleh diambil sebanyak lima atau lebih hidangan pada setiap
hari.
Tips 6
Pastikan kadar pengambilan kolesterol di bawah 300
mg pada setiap hari.Bagaimana? Kurangkan lemak haiwan di waktu makan
yang boleh meningkatkan kadar kolesterol dalam darah. Anda boleh
realisasikannya dengan memilih daging kurang lemak dan produk tenusu
rendah lemak.
Alasannya? – Lemak adalah jenis tenaga yang
terakhir sekali digunakan oleh badan. Jadi kebanyakkan lemak yang
diambil tidak digunakan dan ia disimpan dibawah tisu. Lemak inilah yang
membentuk badan anda menjadikannya ia tidak menarik.
Tips 7
Pastikan sumber protein dalam diet harian. Pertama, anda perlu kurangkan
pengambilan gula dan karbohidrat yang boleh meningkatkan berat badan
anda. Kemudian, ambil sarapan yang kaya protein seperti minum susu segar
dan sebiji telur. Semasa lunch pula, makan makanan seperti sup sayur
atau ayam bersama nasi separuh dan sebiji epal. Apakah hasilnya? Tubuh
akan menyimpan lebih banyak tenaga untuk menjalankan aktiviti sehingga
keesokkan hari.
Tips 8
Lakukan aktiviti yang banyak pergerakan.
Apabila anda ingin menjadi kurus, anda pasti terbayang aktiviti
berjoging atau masuk ke gym yang melibatkan kos. Anda sebenarnya
mempunyai pilihan iaitu dengan membuat aktiviti berjalan kaki sahaja.
Ianya lebih mudah, murah dan menyeronokkan. Tambahan pula, aktiviti itu
cukup untuk menjana tenaga dengan melatih paru-paru dan jantung untuk
bekerja.
Untuk makluman anda, dalam setiap hari anda boleh melakukan aktiviti berjalan sebanyak 10,000 langkah sahaja.
Amalan 10,000 langkah setiap hari mampu membakar lemak anda dibahagian peha dan juga perut.
Jadi ia memudahkan anda mengurangkan berat badan anda ke tahap yang diingini.
Adakah anda fikir sukar untuk membuat 10,000 langkah dalam masa sehari? Bagi saya cara itu senang sahaja.
Antara aktiviti yang boleh anda lakukan untuk mencapai 10,000 langkah adalah seperti:
*Berjalan-jalan dalam shopping kompleks dalam masa lebih 2 jam.
*Untuk ke setiap destinasi, anda boleh parking kereta jauh sedikit dari tempat yang anda tuju.
*Membersihkan rumah dengan menyapu serta mengelap lantai sebuah rumah.
Ini bukan sahaja dapat
menceriakan lagi rumah anda namun ia dapat
memberikan anda satu senaman yang boleh
menguruskan badan anda.
*Berjalan kaki meronda-ronda taman dalam masa 2 jam.
Tips 9
Lakukan sedikit aktiviti selepas makan. Pada kebiasaannya,
diri anda merasa berat dan mengantuk selepas makan. Apa kata anda
membuat sedikit perubahan dengan berjalan-jalan atau menaikki tangga
selepas selesai makan.
Alasannya? - Ianya membantu untuk
membakar sebahagian kalori dari makanan yang anda makan itu tadi.
Tetapi, jangan pula terlalu mendesak. Ini kerana, anda baru habis makan
dan mungkin boleh mendatangkan masalah lain.
Tips 10
Makan
adalah satu keperluan, jadi jangan tak makan. Ini kerana, makanan
adalah sumber kepada tenaga. Anda kurang makan, maka penggunaan tenaga
menjadi kurang mengakibatkan tubuh anda akan mengalami kejutan. Perkara
ini boleh menyebabkan kadar metabolisma anda menjadi rendah. Apabila hal
ini berlaku, badan anda akan mula membakar otot untuk menggantikan
makanan. Selepas itu, berat badan anda tidak akan berada pada tahap yang
ideal.
Tips 11
Minum air bersih 8 gelas sehari. Untuk
pengetahuan anda, meminum air dalam kuantiti yang banyak boleh
menurunkan selera makan secara semulajadi. Oleh itu, sebelum makan
makanan yang berat, minum air terlebih dahulu. Dengan berbuat demikian,
anda dapat mengelakkan daripada makan dengan banyak.
Tips 12
Kurangkan makanan yang bergaram. Sekiranya anda mengambil garam dalam
kuantiti yang tinggi, ianya menggalakkan penakungan air. Jadi, apabila
anda kurangkan mengambil garam, sekaligus badan anda tidak menakung air
dengan banyak. Seterusnya, tiada lagi masalah gemuk air.
Tips 13
Jadikan air limau sebagai favourite drinks. Semasa anda makan di kedai
makan, pesanlah air limau nipis atau oren. Ini kerana, minuman masam
menggalakkan pembakaran lemak dalam badan. Tetapi, jangan pula pesan air
limau yang manis.
Tips 14
Katakan tidak kepada minuman
berkarbonat. Saya yakin, anda pasti tahu bahawa minuman berkarbonat
mengandungi 7-8 sudu gula. Banyak bukan? Dengan kandungan gula sebanyak
itu, terang-terangan ia mampu memberi kemudaratan kepada tubuh badan dan
mengganggu plan diet anda.
Tips 15
Amalkan teknik pemakanan
yang betul. Maksud teknik pemakanan di sini adalah merujuk kepada teknik
kunyahan. Semasa makan, kunyahlah dengan perlahan-lahan dan jangan
tergopoh-gapah. Cuba kunyah makanan yang disuap menjadi cebisan kecil
sebelum ditelan agar ia mudah dihadam kelak.
Tips 16
Gunakan
piring makanan yang rata. Elakkan dari menggunakan piring yang cekung.
Dengan memilih pinggan yang rata, maka anda dapat mengelakkan daripada
mengambil makanan secara berlebihan.
Tips 17
Jangan percaya
kepada mitos-mitos berdiet. Antara mitos berdiet yang kerap dibincangkan
sehingga kini adalah; jangan sarapan pagi, jangan makan malam, jangan
minum air masak, jangan minum jus oren. Sedangkan, mitos-mitos itu
termasuk dalam plan diet yang baik dan sempurna.
Tips 18
Tetapkan sasaran yang realistik. Anda harus meletakkan sasaran dalam
tempoh menurunkan berat badan. Contohnya, minggu ini anda menyasarkan
turun berat badan sebanyak 0.5 kg. Untuk minggu-minggu seterusnya, anda
boleh tingkatkan kepada 1-2 kg pula bagi mencapai berat badan impian.
Tips 19
Jangan timbang berat badan setiap hari.
Alasannya? - Jika anda berbuat demikian, ianya boleh membuatkan anda
berputus asa kerana anda tidak dapat melihat perubahan. Cadangan saya,
timbang berat badan pada setiap minggu atau dua kali sebulan.
Tips 20
Diari diet sebagai rekod. Untuk tips ini, saya sarankan anda
memiliki sebuah diari diet. Dalam diari tersebut, anda perlu rekodkan
setiap hari berapa kali dan berapa banyak anda makan, tahap kelaparan
dan perasaan anda ketika makan.
Alasannya? - Dengan berbuat
demikian, ianya mampu meningkatkan kepekaan terhadap tabiat makan anda.
Lama-kelamaan, anda pasti dapat mengenalpasti dan menukar tabiat
pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Kemudian, bolehlah anda merangka
plan diet yang lebih berkesan.
Tips 21
Cukup belajar teori
sahaja. Ayuh mulakan langkah anda dengan mengamalkan teknik diet yang
betul. Saya percaya dengan teknik diet yang betul berserta senaman anda
mampu mengurangkan berat badan anda.
SELAMAT MENCUBA!!